Sunday, September 15, 2013

kehidupan boleh dikatakan baru

assalamualaikum..

fuhh fuhh berhabuk dah blog gue. padahal baru 1 je entry. over naw naw kau qurr. hahaha.. tak tau lah ape perasaan nak hupdate blog malam2 ni. sebab tadi baru bukak blog member kot. aku baru tau yang dia ade blog. ciskek ke tak ciskek dia tak bagi tau aku langsunggg! ni yang nak marah nih!

*ketika ni aku terbau bende terbakar di luar hostel*

okey malas nak layan rase tah hape2 tuhh. actually aku nak share la pasal kehidupan aku nih. *sila lihat tajuk entry*

now Alhamdulillah aku dah pungggg merase dan bergerak ke alam universiti. i am mahasiswi now tau uollsss.. ececewahhh. aku baru je jadi student uni nih. hari ni nak masuk 3 minggu kot. oh lupee. aku dapat uniSZA, terengganu. pehhh memang merantau jauh. takpe2 praktis la kan sebelum nak fly jordan nanti. heh berangan tak sudah aku nih. susah betul nak lepaskan angan2 aku tu. sabar qurr sabar. *urut urut dada* aku kan... dapat kan... course syariah tau uollss. hiks malu pulak nak bagi tau. ramai gak laa yang dapat course tu. fakulti kontemporari islam adalah yang paling ghamai. serious! dan syariah lah yang paling ghamai gak. 2 kelas gak la kene bahagi. kalau dah antara yang paling ramai, mungkinkah persaingan pon ramai? Allahu... moga aku kuat dan tabah :')

uniSZA ni hostel dia antara yang paling best laa. bilik besar. tapi tu kat bangunan baru. aku dapat bangunan lama je. tapi aku tak kesah. sebab bangunan lama ni dekat nak pergi kelas. kalau bangunan baru tu, kene keluar setengah jam awal. hikss. uniSZA ni kalau nak tau, kalau nak tau lah kan.. kitorang pergi kelas takyah nak naik bas ke kereta ke motor ke ape ke.. sebabnye dekat je. seyes dekat. tak macam uni2 lain. sekelompok je uniSZA ni. walaupun tak sebesar uni gah yang lain, tapi uniSZA tetap best jugakk. insyaAllah..ade kelebihan dan kekurangan. itu biasa.

minggu pertama macam biasa laa kan. minggu mesra siswa. ataupong orientasi. pehh penat tak hengat. pack giler kot jadual. fuhh penat penat. penoh dengan taklimat jeeeeeee. penat gak ah telinga nih. redha je. hahaha. tapi paling best malam kebudayaan. enjoy gilerr. tapi aku paling enjoy time senam aerobik. haa memang aku enjoy. sampai kan kawan2 aku kate aku macam menari kat disko! hah kau. nampak tak ke'enjoy'an aku tu? tapi memang best aerobik dia. rase macam...... NAK LAGI!

aku dapat roomate orang pahang. Alhamdulillah dia sekepala dengan aku. risau gak aku kalau dapat roomate yang sopan, ayu, lembut ni. aku nih dah lah tak berape nak perempuan. habis rosak kang anak dara orang. hahahaha... roomate aku course akaun. mase mule2 kitorang jumpe dalam bilik nih, dia cakap dengan aku pakai 'awak2' dengan aku. tapi aku tibai je la aku-kau dengan dia. ape aku kesah. tak biasa kot awak-saya dengan kawan. last2 dia pon ikot rentak aku. yeahh baru cool. hakhak..

classmates aku pon besttt! aku rapat dengan 2 orang nih. otak pon macam aku. giler2. yes jumpe lagi geng. memang syok laa aku kan. pergi balik kelas sama2. hostel pon blok dekat2. so easy lah kan nak gerak same2. nak masuk kelab pon masuk same2. yang sorang ni macam aku. semua kelab kitorang nak masuk. hahaha nampak kebatakkan di situ. tapi bile nak pergi dinner, aku pergi dengan geng lain. geng 1 sekolah dengan aku. kitorang  rapat time kat sekolah dulu. so aku tak boleh lupe kan dorang.
lagi2 yang sorang tu duduk depan dorm aku je. haishh lagi senang laaa. tapi sekarang dia macam nak pindah UIA je. dia tengah tunggu result dari UIA. huhu sedih laa aku. dah la member rapat. dia nak tinggalkan aku pulak. hishhhh kau tak boleh selfish qurr *tampo pipi*

hmmm.. overall insyaAllah okey kot. tak boleh nak komen lebih2. sebab kelas pon sikit je baru start. tapi tapi tapi.... aku harap everythingggg will gonna be fine. chaiyok qurr!

apa apa pon, aku rindu kenangan STAM. sangat sangat sangattttttttt!! rindu dengan kawan2 STAM. rindu nak belajar STAM. rindu ustaz ustazah STAM. rindu semuaaaaaaaa! sob sob sobsssss T_T bile lah dapat jumpe dorang kan. hmmm... masing2 dah ada kehidupan sendiri.

lupe ahh nak citee. kawan2 aku mejoriti dapat USIM okey. mejoriti! yang dapat UKM 3 orang, UTM sorang. uniSZA 2 orang, UUM 3 orang, UIA 2 orang. the rest is USIM. hoooo tak tau la best ke tak berkumpul ramai2 kat situ. hahaha.. tapi seyes. aku rindu dorang. aku rindu dia. eh? heeee..

okey laaa macam panjang sangat. bukan macam, memang! k paham2. nak stop dah. kbai. :D

Thursday, August 8, 2013

pengenalan? hmm skema~

assalamualaikum

blog ni untuk sesaje jeee. memang takde niat pon nak bagi orang lain baca ke ape ke.. name pon diary beku. hohoho.. banyak kali dah aku buat blog. buat, delete, buat, delete.. bila boring, delete. rasa nak tulis tulis, buat balik. ngek ke tak ngek? bhahaha..

kbai.